Artikel

Artikel Informasi

Setiap pedagang dan pelabur harus mengetahui serba sedikit berita yang datang berkenaan dengan dunia pelaburan, meskipun mengetahui berita tidaklah mendatangkan kesan yang besar kepada pedagang dan pelabur tetapi sekurang-kurangnya ia akan mengurangkan lagi risiko di dalam pelaburan mereka. Sekiranya anda mengabaikan berita-berita tersebut dan andaikata syarikat yang anda sedang dagangkan dan laburkan mengalami kerugian, terbakar, berhutang, tutup syarikat dan sebagainya maka berkemungkinan juga anda akan memgalami kerugian yang sangat teruk dalam sejarah hidup anda.

Maka menjadi kesedaran buat kami untuk menulis artikel yang penting agar ianya dapat membantu setiap pedagang dan pelabur ke arah yang lebih baik, katakan harga saham terus naik dan turun dan penurunan serta kenaikan tersebut berlaku kerana penawaran dan permintaan yang tinggi oleh para pelabur. Sekiranya lebih ramai orang ingin membeli saham, harga pasarannya akan meningkat. Sekiranya lebih ramai orang berusaha menjual saham, harganya akan turun. Hubungan antara penawaran dan permintaan sangat sensitif terhadap berita ketika itu. Walaupun begitu, mengejar berita bukanlah strategi pemilihan saham yang baik untuk para pelabur. Dalam kebanyakan kes, pedagang profesional bertindak balas dalam jangkaan yang bakal berlaku, bukan ketika perkara yang sudah berlaku itu dilaporkan.

Antara perkara yang sering berlaku apabila anda berdagang di pasaran global adalah "anda tidak tahu kenapa anda memilih saham syarikat tersebut.", di sini anda dapat melihat bahwa dengan mengetahui berita pelaburan adalah salah satu perkara yang penting untuk anda. Antara perkara yang ada perlu berhati-hati ketika membaca berita pelaburan adalah apabila berita itu berkait dengan:


  • Gosip
  • Provokasi
  • Palsu
  • Saranan
  • Kerajaan

Penilaian Kami

Kesederhanaan

Salah satu tujuan utama eToro ialah untuk menghilangkan halangan dan menjadikan perdagangan dan pelaburan dalam talian lebih mudah diakses seharian oleh pengguna. Setiap kali orang menyertai eToro, kami berhasrat untuk membuat mereka merasa menjadi sebahagian daripada platform etoro. Lebih-lebih lagi, kami menyedari bahawa terlalu banyak orang yang menggunakan pelbagai platform untuk menguruskan modal mereka melalui talian, maka sebab itulah kami terus mengembangkan penawaran produk kami yang akhirnya merangkumi semua keperluan kewangan anda di bawah satu platform yang sama.

Inovasi

Hakikatnya kami sangat bangga bahawa kami telah wujud sejak zaman awal Revolusi Fintech. Sama ada dengan memperkenalkan kaedah baru dan menarik untuk berdagang dan melabur dalam talian atau dengan mencipta produk kewangan canggih - kami, akan selalu menjadi, inovatif dan peneraju di ruang Fintech.

Keseronokan

Kami percaya bahawa setiap orang pasti dapat berniaga lebih daripada aset kewangan, seperti fikiran dan perasaan. Di eToro, pengguna kami dapat berinteraksi dan memperolehi pengalaman antara satu sama lain. Platform kami bersifat intuitif dan mesra pengguna dan mampu menjadi perkara yang paling rumit, seperti perdagangan saham, pengalaman yang sederhana dan interaktif.

Keterbukaan

Keterbukaan dan ketelusan adalah sebahagian penting dari pengalaman pengguna di akaun eToro. Sama ada untuk berkomunikasi dengan mana-mana pengguna yang berada di dalamnya, termasuk juga CEO kami, atau hakikat bahawa kami tidak mengenakan sebarang bayaran tersembunyi dan memastikan harga kami jelas dan dapat di lihat. Kami berusaha untuk memastikan bahawa pengguna kami merasakan bahawa mereka mempunyai semua maklumat yang mereka perlukan untuk menguruskan kewangan mereka di eToro.

Kualiti

Pemikiran yang teliti di sebalik setiap keputusan dan usaha yang berterusan kepada kesempurnaan, eToro adalah sebagai panduan untuk memberikan pengalaman terbaik bagi semua pengguna kami. Semenjak seseorang itu melihat logo kami, kami akan pastikan bahawa dia dapat merasakan bahwa kami memerhatikan kepada perincian yang paling kecil setiap saat.

Visi eToro adalah untuk membuka pasaran global untuk semua orang berdagang dan melabur dengan cara yang mudah dan telus.

No Pendaftaran & Perlesenan

eToro (Europe) Ltd., sebuah Syarikat Perkhidmatan Kewangan yang diberi kuasa dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Pertukaran Sekuriti Cyprus (CySEC) di bawah lesen # 109/10. eToro (UK) Ltd, Syarikat Perkhidmatan Kewangan yang diberi kuasa dan dikawal selia oleh Financial Conduct Authority (FCA) di bawah lesen FRN 583263. eToro AUS Capital Pty Ltd. diberi kuasa oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC) untuk menyediakan perkhidmatan kewangan di bawah Lesen Perkhidmatan Kewangan Australia 491139.

Kajian pasaran saham menjadi perkara yang paling asas dan penting sebelum para pembeli saham membuka posisi pembelian mereka samada dengan menekan butang BUY / SELL, Oleh itu pedagang dan pelabur perlu menggunakan kajian pasaran untuk memandu keputusan pelaburan yang mereka lakukan untuk memantapkan lagi sistem pelaburan mereka. Penilaian analisis pasaran saham dapat memberikan motivasi para pelabur untuk mengubah pelbagai aspek strategi pelaburan mereka ke arah yang lebih disiplin dan teratur.

Terdapat 5 perkara yang mampu memberikan pengaruh keutungan dan pasaran yang besar melalui sistem kajian pasaran antaranya,

  • Kuasa Pembeli
  • Kuasa Pembekal
  • Halangan Kemasukan Produk
  • Ancaman Produk Pengganti
  • Persaingan Antara Syarikat Dalam Industri Pelaburan & Perniagaan

Kajian pasaran saham tidak hanya cukup dengan ilmu pelaburan semata-mata ianya perlu dipraktiskan dan pengawalan emosi adalah sumber utama dalam industri pelaburan. Kajian mengatakan 60% kerugian pada pedagang dan pelabur berpunca daripada emosi yang tidak terkawal semasa berdagang.

lebih daripada 60% pelabur dunia kehilangan wang mereka hanya kerana emosi, maka mengikut peratusan adalah 20% sahaja ilmu saham yang digunakan para pedagang dan 80% yang lainnya adalah daripada gangguan emosi.

Mengikut kajian kami hampir 70% pedagang dan pelabur di luar sana tidak mempunyai maklumat, kefahaman dan keilmuan dalam dunia saham. Mereka melakukan dagangan hanya kerana ikutan dan menerima khidmat jual beli dari pihak tertentu. Maka, menjadi tanggungjawab kami untuk membuat penulisan dan pautan yang pastinya bersesuaian dengan informasi berguna buat para pedagang, pelabur, pelajar, pengguna dan pelawat website ini. Penulisan yang dibuat hanyalah sebagai ilmu asas kepada pelabur sebelum mereka mengikuti tahap seminar pelaburan yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Di antara penulisan yang kami akan kongsikan ialah perkara yang berkaitan dengan:

  • Falsafah Pelaburan
  • Pendidikan
  • Keusahawanan
  • Tip Menarik
  • Pengurusan Kewangan

PERINGATAN! Setiap penulisan yang dibuat bukan bersifat arahan dan pengesahan. Perkara yang lepas tidak menggambarkan perkara yang akan datang. Selamat membaca!